Kisah Benar 1: Bagaiman Sakit Jantung Membunuh Perlahan-Perlahan…

Sakit Jantung

Sakit Jantung

Ramai orang ingat sakit jantung biasanya membunuh dengan tiba-tiba. Malah, terdapat banyak kes di mana mangsa tersebut mati tak mati, hidup tak hidup. Keadaan inilah yang paling sengsara bagi pesakit dan ahli keluarganya. Ia memberi tekanan kepada semua orang yang tersayang dari segi kewangan dan jiwa. Berikut adalah satu kisah benar seorang pesakit sakit jantung yang baru meninggal dunia 3 hari yang lepas…

En. Latiff (nama telah ditukar) mengalami masalah sakit jantung sejak 15 tahun yang lepas, sepanjang tempoh ini, beliau pernah menjalani operasi ‘bypass‘ dua kali dan keadaan beliau semakin merosot sehari demi sehari. Beliau perlu mangambil ubat setiap hari untuk mengawal keadaan beliau. Sejak beberapa tahun yang lepas, doktor mendapati fungsi buah pinggang beliau sudah menjadi lemah (mungkin akibat daripada beban penyingkiran sisa-sisa toksik daripada ubat-ubat kimia yang beliau makan selama ini).

Sejak itu, beliau mula mengalami masalah ‘takungan air’ atau water retention di bahagian peparu dan kaki. Maka, doktor bertambah lagi satu jenis ubat yang menggalakkan kencing dan nasihat beliau untuk minum hanya 800 ml air sehari. Ini adalah satu langkah yang saya kerap tersoal-soal. Buah pinggang rosak sebab bahan kimia daripada ubat-ubatan yang mencemari penapis nefron di ginjal, kini mereka menyalahkan Air pula. Saya betul-betul tidak faham kenapa amalan medikal sekarang semua menuju ke arah jalan buntu.

Akhirnya, buah pinggang En. Latiff hanya tinggal 15% yang boleh berfungsi dan beliau meninggal dunia atas kesesakan peparu dan kelemahan jantung. Saya tidak boleh komen tentang amalan medikal moden di sini lagi, ia merupakan isu yang sangat sensitif. Nasihat saya terhadap mereka yang ada masalah tekanan darah tinggi adalah… Menjaga kesihatan badan melalui cara hidup yang sihat dan semula jadi.

Apakah Perbezaan Antara Serangan Sakit Jantung dan Serangan Stroke?

Terdapat segelintir orang yang masih keliru apakah perbezaan di antara serangan sakit jantung dan serangan stroke. Ada pula yang ingat bahawa ia adalah dua istilah yang berbeza yang merujuk kepada perkara yang sama.

Tidak Sekali! Sungguh pun sakit jantung dan serangan stroke berpunca daripada faktor yang sama, iaitu kandungan kolesterol yang tinggi yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesumbatan kapilari darah. Tetapi kedua-dua keadaan tersebut adalah berbeza.

Serangan Sakit Jantung

Serangan sakit jantung adalah keadaan di mana terdapat kerosakan pada otot jantung, ekorang daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung.

Ia biasanya bermula apabila terdapa satu plak bekuan kolesterol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit yang akhirnya menyebabkan kesumbatan pengaliran darah.

Apabila sel-sel otot jantung kesuntukan bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

Serangan Stroke

Bagi serangan stroke pula, ia merupakan satu keadaan di mana salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu.

Serangan stroke biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum serangan berlaku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit itu akan pengsan dan kemungkinkan besar menjadi lumpuh pada bahagian tertentu badan.

Return top