DEFINISI

Serangan sakit jantung biasanya berlaku apabila terdapat satu ketulan bekuan darah yang menghalang aliran darah di dalam arteri koronari (kapilari darah halus) yang membekalkan darah ke suatu bahagian tertentu pada otot jantung. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung anda.

Serangan sakit jantung yang juga digelar sebagai infark miokard, biasnya adalah memudaratkan dan boleh mengaut nyawa mangsa.

Mujurlah dengan adanya kesedaran yang lebih baik, lebih ramai pesakit boleh mengesan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada tanda-tanda atau gejala sakit jantung dan mendapatkan rawatan sewajarnya.

Cara hidup anda secara keseluruhannya, iaitu apa yang anda makan, kekerapan anda bersenam dan tahap tekanan emosi anda memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemulihan daripada serangan sakit jantung.

Gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mencegah serangan sakit jantung dengan mengawal faktor-faktor risiko yang menyumbang terhadap penyempitan kapilari darah koroner yang membekalkan darah ke jantung anda

PUNCA

Serangan sakit jantung terjadi apabila satu atau lebih daripada arteri koronari yang membekalka darah yang kaya oksigen kepada jantung anda tersumbat. Melalui satu tempoh masa tertentu, arteri koronari boleh menjadi semakin sempit ekoran daripada pengumpulan kolesterol. Pembentukan kolesterol ini yang dikenali sebagai plak dalam arteri di seluruh tubuh disebut aterosklerosis.

Serangan sakit jantung berlaku apabila salah satu plak pecah dan satu ketul plak akan dilepaskan ke dalam aliran darah. Jika plak tersebut cukup besar, ia boleh menyekat aliran darah melalui arteri.

Apabila arteri koronari anda telah menjadi semakin sempit ekoran daripada aterosklerosis, keadaan ini dikenali sebagai penyakit arteri koronari. Penyakit arteri koronari adalah punca utama serangan sakit jantung.

Terdapat satu punca serangan sakit jantung yang jarang berlaku adalah kekejangan arteri koronari yang menutup aliran darah ke sebahagian daripada otot jantung. Dadah perangsang seperti kokain boleh menyebabkan kekejangan arteri yang mengancam nyawa.

Serangan sakit jantung adalah satu proses yang biasanya terbentuk dalam masa beberapa jam. Dengan setiap minit yang berlalu, rangkaian jantung menjadi semakin kekurangan darah dan terencat atau mati. Jadi, jika aliran darah dapat dipulihkan dalam tempoh yang cukup, kerosakan atau kematian jantung dapat dielakkan.