Apabila sel-sel otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup dan tidak mendapat bekalan oksgin yang mencukupi, sel-sel jantung akan mati dan berlakunya serangan sakit jantung. Sakit jantung adalah satu proses di mana sesuatu kawasan daripada rangkaian kepilari darah yang halus mati disebabkan oleh kehilangan bekalan darah.

Serangan sakit jantung berlaku apabila terdapat satu gumpalan darah terbentuk dan berkembang di salah satu saluran darah (arteri koroner) yang membawa darah ke otot jantung. Jika pembekuan darah itu cukup besar, ia boleh menghentikan bekalan darah ke jantung dengan serta merta.

Apakah Tanda-tanda serangan Sakit Jantung?

  • Batuk
  • Rasa tidak selesa di bahagian dada
  • Rasa Ruang Paru-paru sempit dan susah bernafas
  • Rasa pening atau sakit kepala
  • Wajah nampak pucat dan pudar
  • Sejenis rasa ‘instinct’ yang pelik seperti nyawa seakan-akan berakhir
  • Rasa hendak muntah-muntah
  • Kegelisahan dan berpeluh sejuk
  • Emosi yang tidak stabil

Jika anda mengalami gejala-gejala seperti di atas, atau anda nampak keadaan sebegitu wujud pada orang lain, anda perlu buat panggilan kecemasan (112) dengan segera.

Seseorang yang mengalami serangan sakit jantung biasanya rasa nyeri atau ketidak selesaan di bahagian dadanya dulu. Rasa sakit ini akan menyebar ke bahagian leher, rahang, telinga, lengan, dan pergelangan tangan. Terdapat juga kes-kes di mana rasa sakit itu merebak ke bahagian bahu, punggung, dan perut.

Serangan sakit jantung boleh membawa maut serta-merta yang tidak dijangka, maka pencegahan merupakan cara yang paling berkesan dan selamat. Anda perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan takanan darah tinggi atau hipertensi demi kesejahteraan anda dan keluarga anda pada masa depan.